Hari Ketiga berjalan dengan aktiviti memasukkan CocoPeat (sabut kelapa) ke dalam Polybag yang saya beli pada 20 Oktober 2008 yang lalu. Ingatkan susah, rupanya agak mudah juga. Kebetulan saya mempunyai pencedok dan dengan dibantu oleh jiran sebelah (minat la tu...), kerja menjadi lebih cepat. Sementara isteri saya menyediakan Polybag yang berjumlah 19 (kurang satu.., tak pe nanti beli lagi untuk cukupkan 20 polybag).
Selesai kesemua 19 Polybag, kami menyusun kedudukan polybag ke petak yang telah siap sedia. Sekali tengok, bertambah semangat lagi...tak sabar rasanya untuk memindahkan anak cili dari petak semaian ke dalam polybag.
Penyediaan Media
Hari Keempat, jam 6:15 petang 23 Oktober, selepas minum petang, saya dengan dibantu oleh anak lelaki melakukan proses "melalukan" air paip ke dalam Polybag yang mengandungi CocoPeat bagi tujuan pembersihan media.
Sebelah malamnya pula, Sdr Faidzal Agro Fast Forward telah menghantar baja serbuk (campuran A dan B). Beliau memberikan tunjuk ajar tentang panduan untuk membuat bancuhan dan penyiraman menggunakan timer. InsyaAllah, jika tiada apa-apa masalah, Petang esok Jumaat 24 Oktober, bermulalah episod baru anak pokok cili kulai dari tray semaian ke dalam Polybag.
Proses Melalukan Air