Fertigasi adalah merupakan salah satu daripada keluarga Hidroponik iaitu kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.
Oleh itu, medium yang mudah dicari dan murah hendaklah digunakan di dalam sistem Fertigasi. Paling banyak digunakan oleh pengusaha tanaman sistem fertigasi adalah habuk sabut kelapa (CocoPeat) atau sekam bakar. Selain daripada itu, medium lain yang boleh digunakan adalah pasir, batu kerikil granit, perlite, vermiculite dan maidenwell diatomite.
CocoPeat (Serabut Kelapa)
CocoPeat berasal daripada sabut kelapa yang diproses (kisar) secara halus dengan menggunakan mesin pengisar khas. Diantara kelebihan penggunaan CocoPeat adalah :-
- Akar tanaman lebih banyak & halus berbandingkan akar yang menggunakan medium tanah kerana cocopeat adalah lebih gembur dan memudah tumbesaran akar.
- Daya penyerapan yang tinggi akan menyebabkan pemberian air-baja amat efektif dan tidak terbuang.
- Kadar garam yang rendah
- Bebas atau hampir tiada langsung pembiakan bakteria dan serangga perosak berbanding medium tanah.
- Lebih ringan dan mudah dikendalikan.
- Harga yang rendah kerana ia merupakan bahan buangan.
Sekam PadiSekam padi adalah kulit biji padi (Oryza sativa) yang sudah dikisar. Sekam padi yang biasa digunakan adalah sekam bakar atau sekam mentah (tidak dibakar). Sebagai medium tanam, keduanya berperanan penting dalam pembaikan struktur medium tanaman.
- Sekam Bakar atau arang sekam adalah sekam atau kulit padi yang dibakar dengan teknik sedemikian rupa, sehingga menghasilkan sekam yang menjadi arang (berwarna hitam). Sekam bakar yang baik adalah sekam yang sudah terbakar, tetapi tidak terlalu hancur. Sekam bakar juga mampu “memegang” tanaman dengan baik. Mudah didapati dan lebih murah. Kelemahan sekam bakar adalah ianya lebih mudah lapuk.
- Sekam Mentah juga boleh digunakan sebagai komponen medium tanam. Kelebihan sekam mentah sebagai medium tanam, selain bersifat porous dan mampu menahan air, adalah kaya akan vitamin B. Keunggulan terakhir ini umumnya tidak dimiliki oleh komponen medium tanam lain. Merupakan sumber kalium (K) yang diperlukan oleh tanaman, dan tidak mudah menggumpal atau memadat sehinggakan akar tanaman dapat tumbuh dengan sempurna. Namun, sekam padi mentah cenderung miskin akan unsur hara.
Kedua-dua medium ini hendaklah digaulkan secara samarata sebelum dimasukkan kedalam polibag. Proses penyediaan medium tanaman ini adalah seperti berikut :-
Pada masa sekarang (2008), harga CocoPeat dan Sekam Bakar di negara kita adalah murah dan mudah didapati iaitu diantara RM6.00~RM6.50 bagi setiap guni bersaiz 2'x3' (guni 50kg).